Thursday, 21 November 2013

10 Makanan Yang Baik Untuk Jantung

1.Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .

6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.

dunia novel

salam.. hai..banyak dah cerita di tv guna jalan cerita novel.. bukan jalan cerita tapi hampir 100% memang guna.. aku memang fanatik novel.. dari sekolah menengah sampai la sekarang.. dulu pernah berangan kalaulah cerita novel nie buat jalan cerita sebenar kan best.. tup-tup.. sejak 2 tahun nie berderet- deret cerita novel dijadikan drama atau filem.. aish, sukanya.. lepas tu mula la merangka pelakon mana yang sesuai nak lakonkan watak dalam novel..macam aku pulak jadi pengarah cerita..
huhu..

nasib cerita dari novel tu xtukar sangat.. xpasal2 mengamuk pulak fanatik novel macam aku nie..ai, dayah macam kau pulak penulis novel nie.. yela kan dah jalan cerita macam tu..mesti la kena ikut kan.. kihkih..


Tuesday, 12 November 2013

Kasih Sayang Ayah

aku mendekati abah yang termenung di tangga rumah. hajat di hati nak ajak abah makan. dari pagi sampai malam sibuk abah melayan tetamu sampai tak sempat isi perut sendiri.
“abah, umi panggil makan. nasi dah nak sejuk” kata aku berbasa basi.
abah senyap.
“dari pagi abah tak makan kan. umi dah panaskan lauk kenduri tadi. gulai kambing pun sempat umi simpan untuk abah. rugi tau tak makan” sambung aku lagi, memancing abah untuk makan. abah memang gemarkan daging kambing. manis katanya.
“macam mana agaknya along kamu ni ye, achik. dah kahwin dah pun dia.” sayu abah menuturkan.
“abah..” aku cuba mencelah
“dulu, abah ingat lagi. waktu along kamu 6 tahun. abah marah dia sebab belum pandai baca jawi. dan waktu tu kamu menangis sebab along kena kurung kat luar.ingat tak?” tanya abah.
aku mengangguk angguk senyum.
“abah bukan apa, bukan tak sayang, tapi sebab sayanglah abah buat macam tu. along kamu tu anak sulong. kena jadi contoh pada adik adik. kalau abah tak paksa dia baca jawi masa tu, abah takut dia tak pandai nak baca Quran nanti.”
aku mengangguk. setuju.
“waktu dia dapat matrik kat Perlis, berat abah nak lepaskan. dia perempuan. muda lagi pulak masa tu. sebab tu waktu dia habis matrik, abah pilihkan universiti dekat dekat untuk dia. bimbang, achik” sambung abah lagi.
“owh, sebab tu la along dok cerita kat achik, dulu dia cakap, nak masuk u pun, abah yang pilihkan” kata aku menyambut bual abah.
abah gelak.
kasih ayah
kasih ayah | kasih ayah | kasih ayah | kasih ayah kasih ayah
“dia marah ke?” tanya abah.
“takde la, dia cuma cerita.” kata aku, senyum.
“bila dia dah habis belajar, tu ha dapat pulak kerja jauh. dua tiga kali juga abah fikir. tapi nak tak nak abah kena lepaskan, selebihnya abah tawakkal pada Allah. along tu perempuan, abah bimbang. tapi abah percaya yang dia boleh jaga diri” kata abah meluahkan.
berulang ulang kali abah cakap abah bimbang. fahamlah aku bahawa abah sangat sayangkan anak perempuannya.
“along dah jumpa jodoh dia. abah harap, si Hisyam tu dapat jaga along baik baik. 20 tahun lebih abah tatang along. makan pakai sakit semua terjaga. umi kamu tu ha bersekang mata bila anak anak demam. berat abah nak lepaskan, achik. tadi waktu lafaz akad, abah goncang tangan menantu abah nak bagitau yang sekarang tanggungjawab jaga along atas bahu dia. semua, dari hujung rambut sampai hujung kaki” bicara abah mula tersekat sekat.
” abah harap along taat pada suami sampai akhir hayat. jaga rumahtangga. dahulukan cinta Allah, inshaAllah semua bakal terjaga. lepas akad tadi abah jumpa menantu abah. abah peluk dia erat dan pesan;
“kau jaga anak aku elok elok.kalau tak, nahas!”
“serius abah pesan macam tu kat abang long?” aku terkejut.
“ish, tak de la, abah pesan dia elok elok, jaga along untuk abah. jangan sia siakan along. kalau ada masalah, duduk berbincang. kasih sayang, percaya, hormat, semaikan. jaga hubungan dengan Tuhan, dengan insan. akhir sekali abah bisik pada Hisyam.abah cakap;
 ”hisyam, hati perempuan ni lembut. maka tangani dengan kelembutan. banyakkan  sabar, doa. perempuan ni makhluk istimewa yang Allah sangat sayang. maka jangan siakan” kata abah panjang lebar.
“ish abah ni, ingatkan abah gertak abang long betul betul tadi” aku menarik muka.
abah gelak dan kemudian kembali senyap.
” dah la tu mari makan” umi menyapa dari belakang.
abah senyum , aku pandang mata umi, bergenang.

my resume


NOR HIDAYAH AKMA BINTI ABDUL MUHIT
No 34, Jalan TJ 4/1, Taman Temerloh Jaya,
28000 Temerloh, Pahang
013-5169722
PROFILE
Personal Statement   : Experienced in administrative duties, scheduled meeting,     handled arrangement, Computer skills include Microsoft Excel, Word, and Power Point,Excellent problem solving, and communication skills, and Accustomed to  long work hours
Career Objective   :   To obtain an HR Manager position within a growth oriented and   progressive  company. I want to apply my skills to an environment where  they will make a significant impact on the bottom line. The idea would be one in which new ideas that welcome and decision making is required.

KEY SKILLS
·         Compensation
·         Planning
·         Developing
·         Executing C&B
·         Budget Administrations
·         Negotiating
EDUCATION
Bachelor’s Degree- HR Management                                                                                             2011-2014
University of Utara Malaysia

EXTRA CURICULLAR
1)      BAKTISISWA PERAK, Transportation Committee Member
2)      AEROBIC EXERCISE, Promotion Committee Member
3)      NIGHT MARKET, Support Committee Member
4)      FIRE DRILL, Support Committee Member
5)      BAKTISISWA, Member

WORK EXPERIENCED
Sales Clerk
Syarikat Cowboy Sdn Bhd, Full Time                                                                                              2008- present
Sales Assistant
Syarikat Tunas Manja Sdn Bhd, Part Time                                                                                       2007-2008                                                                                                                                                                                                                                   


OTHER SKILL
Language     :English, Malay, Chinese, Tamil, and Korea

REFERENCE
DR Tan Fee Yean,
Lecterur of Career Managament,
University of Utara Malaysia,
06300 Sintok,
Kedah